Mujahadah Cinta

Tuesday, February 8, 2011

aku cinta ALLAH

Wahai anak-anakku,
Mahukah kamu tahu..
Ada satu CINTA yang sangat ajaib di sisi kamu..
Jika kamu peroleh CINTA ini
Nescaya,
hati mu akan sentiasa tenang..
hati mu akan sentiasa bahagia..
Cinta ini tidak akan biarkan kamu bersedih…
Cinta ini tidak akan biarkan kamu menangis..
kamu akan sentiasa tersenyum bersamanya..
hati kamu senang..
..seeeeeenang sekali…
hati kamu bahagia..
..sangat-sangat bahagia…

Itulah CINTA pada ALLAH
Cinta yang hakiki..
Cinta yang agung..
Cinta yang kekal selama-lamanya

Wahai anak-anak kesayanganku,
Tahukah kamu,
orang yang ada cinta ini..
adalah orang yang paling berjaya..
orang yang ada cinta ini..
adalah orang yang paling bahagia…
Jika kamu dapat cinta ini
kamu lah orang yang paling berjaya
dan
kamu lah orang yang paling bahagia
Tahukah kamu,
Tidak ada cinta di dalam dunia ini
yang bisa menandingi cinta yang satu ini
Jika kamu cintakan makhluk
adakalanya makhluk tidak mahu mencintai kamu
Jika kamu tunjukkan sayangmu pada makhluk
adakalanya makhluk tidak mahu menunjukkan sayang mereka pada kamu
Tetapi anak-anakku,
Jika kamu CINTA sama ALLAH
kamu datang kepadanya hanya sejengkal
Dia akan datang kepadamu sehasta
kamu datang kepadanya dengan berjalan
Dia datang kepadamu dengan berlari..
kamu tunjukkan cintamu pada Dia hanya sedikit
lantas
Dia akan tunjukkan cintaNya pada mu dengan sangat banyak
Dia akan datang memelukmu dengan erat
Dia akan gembirakan hati kamu
Dia akan tunjukkan kasih sayangNya pada kamu
dengan pelbagai cara..
Sampai tiba waktu itu,
tidak ada kata-kata
tidak ada sebarang tulisan pun
yang mampu menggambarkan perasaan kamu
kamu hanya mampu menangis
kerana mengenangkan
betapa ALLAH sangat CINTA sama kamu
tetapi ..
bagaimana kamu boleh menduakan cinta padaNya?
bagaimana kamu boleh mengingkari perintahNya?
bagaimana bisa kamu melakukan laranganNya?
sedangkan..
Dia SANGAT CINTA sama kamu..
Dia SANGAT CINTA sama kamu…
Dia SANGAT-SANGAT CINTA sama kamu..

Wahai Anak-anak kesayanganku,
Cinta lah kamu kepada Allah..
bukan kerana kamu takut pada nerakaNya
bukan kerana kamu mahukan syurgaNya
tetapi
kamu cinta pada Allah
hanya kerana kamu memang cinta pada Dia
kerana kamu rindu sama Dia
kerana kamu saaaaaayang sama dia
tanpa Dia, kamu tidak mungkin akan dapat terus hidup
tanpa Dia, hidup mu akan menjadi sepi
tanpa Dia, hati mu selalu sakit
tanpa Dia,
kamu tidak akan mungkin dapat mencintai makhluk yang lain
kamu cinta ibubapa kamu kerana Allah
kamu cinta suami dan isteri kamu kerana Allah
kamu cinta anak-anak kamu juga kerana Allah
Nescaya..
Allah akan sentiasa bersama kamu
Allah akan sentiasa mendampingi kamu
Hatimu akan tenang tatkala bersama dengannya
Hatimu akan sentiasa bahagia apabila kamu dapat merasai kehadiranNya
Wahai Anak-anakku sayang,
Cinta ini bukan datang dengan sendiri
Cinta ini datangnya daripada Dia
Semoga Allah swt yang selalu mencintai kita
akan mengurniakan kita cinta kepadaNya
hanya CINTA pada Dia
tidak ada cinta untuk yang lain
melainkan hanya keranaNya
Ya Allah, Aku CINTA sama Kamu
i love Allah

No comments:

Post a Comment