Mujahadah Cinta

Monday, November 29, 2010

Erti Nikmat Syukur


Alangkah peliknya hamba yang saban waktu dan ketika menikmati kurniaan nikmat dari tuhan..lalu hamba itu saban ketika juga melupakan tuhannya..
lupa akan semua nikmat yang tak terhitung itu dari pemilik khazanah yang sekelian kekuasaan di tangannya..
Alhamdulillah..atas hamparan nikmat yang tak terhitung..tak tercatat untuk dikira..alangkah banyaknya..
itulah sifatnya pemberian kurniaan tuhan untuk hambanya..tidak terhitung!
{وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا} [إبراهيم : 34]
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
wahai anak adam..adakah sering kamu ingat akan pemilik nikmat ini yang memberikannya dengan kasih sayang..?
adakah pantas lidah kamu mengulang-ulang nama pemilik nikmat ini dalam seharian mu?
wahai saudara seislam ku..nikmat Allah curahkan kepada kita amat besar dan hebat sekali!
adakah pernah seikhlasnya kamu melafaz syukur atas semua itu??
renunglah dan hisablah diri kita masing-masing..
layakkah aku bergelar hambanya yang syakirinn..yang reti,tahu bersyukur dengan sebenar-benarnya..??
berapa banyakkah nikmat yang telah kita kecapi sejak dari pagi hingga gelap hari??
seakan-akan nikmat itu memanggil mu..tidak kah kamu mahu bersyukur?..sudah kah kamu ucapkan “الحمدلله”..??
seakan nikmat itu menanti-nanti lafaz syukur mu..
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ} [البقرة: 172]
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya
{وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ } [النحل: 14]
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.
{وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ } [النحل: 78]
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ وَلَهُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَمَشَارِبُ أَفَلا يَشْكُرُونَ } [يس: 71-73]
[71]
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
maka sekali lagi
alangkah takjubnya..betapa hairannya…amat peliknya..hamba yang saban ketika dari sehalus nikmat berupa oksigen sehingga sebesar nikmat bergelar iman bisa lagi lupa mengucap syukur!!..
الحمدلله….الحمدلله…..الحمدلل
pa beza “الحمد” dan syukur?
keduanya jika dilihat secara kasar mempunyai maksud yang amat mirip…
namun dalam beberapa hal ada perbezaan antara keduanya..
“الحمد” pujian, dengan hati dan lisan..
syukur pula lebih kepada mendapat nikmat dan dilaksanakan kesyukuran itu dengan hati,lisan dan anggota tubuh..
Bagaimana pula mengikat nikmat itu??
“النعمة وحشية فقيدوها بالشكر”
al-nikmah wahsiah faqoiyiduha bis syukr..
wahsi: buas/liar..
(nama hamba abdi yang bunuh saidina hamzah)
sepatutnya nikmat itu diumpamakan dengan haiwan yang jinak..kerana kita merasa senang dengannya..kita merasa bahgia dengannya..seakan kucing parsi berbulu lembut bermata hijau yang comei begitu..
juga sepatutnya dan layak diumpamakan binatang buas itu ialah penyakit atau kemiskinan juga kesedihan..bala gempa dan runtuhan..banjir,lapar dan kemarau..kerana hati kita amat perit dan hiba mendapatnya..seakan mendapat singa lapar lagaknya..bisa huru-hara hidup kita dibuatnya!
ermm…
antara sifat kebinatangan yang membuas ialah buas!..err…liar. dengan erti perlu dikurung dan diikat kejap agar ia tidak lari!..
perlu diikat kejap supaya kekal dan sentiasa disisi kita..
itulah sifat nikmat yang melimpah ini!
sifatnya liar perlu diikat!
wanita mana yang mahu nikmat rambut lurus cantik hitamnya hilang dan kepalanya bersinar botak?
lelaki perkasa mana yang mahu ketampanannya hilang atau motor ex5 nya dicuri?
semua kita mahu nikmat itu kekal bersama kita..
lalu adakah dengan menayangkan kilauan rambut mu dikhalayak itu cara kamu bersyukur (mengikat ) nikmat rambut wahai wanita??
atau lelaki hensem lagi macho membonceng kekasihnya atas moto ex5 nya satu bentuk bersyukur??
“لا بقاء للنعم مع الكفر ولا زوال للنعم مع الشكر”
tidak kekal bagi nikmat itu bersama kekufuran dan sentiasalah nikmat itu bersama orang yang bersyukur..
bahkan bersyukur itulah pengikat sebenar atas sekelian nikmat yang mencurah itu..bahkan juga dengannya juga nikmat itu bertambah-tambah!
sehingga di gelarkan syukur itu “الحافظ”(penjaga)
dan dinamakan juga “الجالب” (perangsang/pendorong)
kerana syukur itu menjadi “الحافظ” menjaga nikmat dari hilang pergi..dari dikufuri
dan syukur itu menjadi “الجالب” (juga bermaksud import) sekelian nikmat yang yang hilang dengan maksud menjadi galang ganti kepada nikmat yang hilang..dan menganti dengan yang lebih baik!..
pesan ku..
wahai wanita syukurilah segenap kecantikan mu untuk tatapan halal suami mu..bukan hidangan percuma berjejeran di mata khalayak..amat malang sekali cara kau bersyukur.. bersyukurlah pada landasan syarak wahai wanita..!
pecutlah rempitlah ke masjid ke majlis ilmu wahai pemuda!..gagah perkasa mu biarlah untuk agamamu bukan bongkak angkuh kerana kelak kau juga akan tua lemah dan lesu jua akhirnya..dimakan usia!
ayuh bersyukur dengan sebenar-benar cara!..
benarlah sehingga berkata Umar Bin Abdul Aziz :
“قيدوا نعم الله بشكر الله عزّ وجلّ”
“ikatlah nikmat Allah dengan bersyukur kepadanya,,,”
lalu hilangkan ragu mu wahai saudara ku dengan membaca firman Allah :
{وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ} [إبراهيم : 7].
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

No comments:

Post a Comment