Mujahadah Cinta

Tuesday, February 15, 2011

Jodoh.. renungkan sedalam nya..


Renungkanlah sedalam-dalamnya

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25
tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat
apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta
mewah
 kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan
cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin
sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti
ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi
, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia > untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu
mudah sampai dan tidak terhalang. "

> Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
> Dia datangkan petir dan kilat..
> kita menangis dan tertanya-tanya,
> kemana hilangnya sinar..
> Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi



No comments:

Post a Comment