Mujahadah Cinta

Sunday, February 19, 2012

Konvensyen K-Fiqh 2012 ... TAHNIAH !!!

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 yg diinisiatifkan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman & sahabat2nya buat julung kali nampaknya dibuat dengan penuh teliti dan cermat. Pemikiran dan pemahaman cara wasatiyyah(kesederhanaan) yang cuba dibawa dilihat ingin menjurus ke arah mengharmonikan antara kedua belah kelompok yang ifrath(melampau) dan tafrith(bermudahan) dalam beragama. Wasatiy yang dibawa meliputi dalam isu akidah, ibadah, muamalah harta, dakwah, politik, tazkiyatun nafs, gaya hidup, serta pelbagai lagi amatlah komprehensif pembentangannya. Ini satu lagi 'spark plug' bagi mewujudkan masyarakat yang sedia bertolak-ansur dalam perkara furu' dan tegas dalam perkara usul agama. Semoga Allah permudah dan merahmati usaha murni dan ikhlas para asatizah yang terlibat bagi merealisasikan perkara ini.


Konvensyen Fiqh Ummah 2012




Selesai hari pertama Konvensyen Fiqh Ummah 2012. Pembentangan kertas kerja Wasatiyyah Dalam Akidah (Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan Ust Aizam Mas'ud), Wasatiyyah dalam Dakwah (Ustaz Zamri Mantop, Ust Syed Mohd Norhisyam dan Xifu Naser), Wasatiyyah Dalam Turath (Ust Ahmad Fauwaz Fadhil dan Dr. Abdul Basit Abdul Rahman), Wasatiyyah Dalam Muamalat Harta (Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Ust Ramadhan Fitri Elias). Pidato dari Syeikh Ismail Menk (Mufti Zimbabwe), tazkirah dari Abg Sham Kamikaze dan persembahan nasyid dari Akhil Hayy...
Suasana majlis perasmian Konvensyen Fiqh Ummah 2012. Sedang berlangsung.

.Gandingan2 mantap.Moga para asatizah dan anda semua berada dalam Redha Allah swt :)
.Gandingan2 mantap.Moga para asatizah dan anda semua berada dalam Redha Allah swt :)




Semoga Ilmu yang di sampaikan mendapat berkat kepada kita semua... amin...