Mujahadah Cinta

Monday, March 26, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia

24 dan 25 March 2012..
Menghadiri Konvensyen Bidadari Dunia di Putrajaya... menarik sekali pengisiannya...


Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.
Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31
Barisan Speakernya ;
  1. Prof. Dr. Muhaya Mohamad
    • Pakar Motivasi and Penulis terkenal tanah air
    • PhD dari University of London in Ocular Immunology
    • Professor Ophthalmology di Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Adjunct Professor di International Islamic University of Malaysia
    • Pengerusi untuk "Malaysian Medical Association Ophthalmological Society"
  2. Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
    • PHD dari Bristol University, United Kingdom.
    • Professor Madya di Jabatan Siasah Syar'yyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  3. Dato' Siti Nor Bahiyah Mahmood
    • Pakar motivasi terkenal tanahair
    • Pengacara rancangan "Semanis Kurma" di TV9
    • Menuntut di Universiti Al-Azhar,Mesir dalam jurusan Pengajian Islam & Bahasa Arab
    • Memperkenalkan Teknik Cakar Harimau dan Urutan Labah-labah 2004
    • Anugerah Pilihan Pembaca 2010 Popular/Berita Harian (tempat pertama buku bertajuk "Rahsia Minda Hebat")
  4. Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj
    • MD(UKM) MOG(UKM)
    • Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi
    • Ketua,Unit Perkembangan Kendiri & Profesionalisme (PPD), Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
  5. Dr. Niki Shuhada Shukor
    • Phd didalam "Leadership & Training" daripada "University of Newcastle" (UK)
    • Dianugerahkan "Fellowship" oleh AIMS (Asian Institute of Management Science).
    • Sijil NLP Practitioner daripada VIA International (Australia)
    • "Certified Master Trainer" ( Lawrence Walter Trainers Academy)
  6. Datin Zaleha Omar
    • Mempunyai lebih 30 tahun pengalaman didalam bidang latihan, pengurusan sumber manusia dan Pembangunan Organisasi
    • "Certified Master/Trainer/Image Consultant"
    • Pernah Menjalani latihan di Robert Pante Image School (USA)
    • Konsultant untuk "Asia Pacific Productivity Organization" (APO) yang berpangkalan di Jepun
  7. Dr. Rubiah Hamzah
    • Pakar Motivasi terkenal tanahair dan pernah mengendalikan ribuan latihan kepada pelbagai golongan masyarakat.
    • Doktor Falsafah pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu, UKM (2000)
    • Pensyarah Sambilan di 4 universiti iaitu di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, UiTM dan OUM.
    • Dipilih sebagai Mudirah (Pengetua) pertama bagi rancangan realiti islamik terkenal "Ustazah Pilihan" di Astro Oasis

Konvensyen Bidadari Dunia 




 

 

 
 
 
 
 
 
 
 

'' Ya Allah Kau berkatilah ilmu -ilmu yang mereka bekalkan kepada kami.." ameen

No comments:

Post a Comment