Mujahadah Cinta

Monday, July 4, 2011

Andai Tangisan Itu ADA


"Sebenarnya barang siapa menepati janji dan bertaqwa, maka sungguh Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa."
(Quran, Ali'Imran : 76)
Sahabat dan teman,
Usah dikesali andainya aku tidak menangisi sebuah perpisahan. Bukan bermakna aku tidak sayang, namun aku lebih kesian melihat dirimu yang menangis. Andai kedua-duanya menangis, siapa pula yang ingin memujuk? 

Jangan dikesali andai aku tidak pandai untuk meluahkan sayang ku padamu, kerana kalau kamu mengetahui, aku sering mendoakan moga Tuhan kita mengampunkan dosa kita. Itulah nilai sayangku padamu. Kerana itu aku redha kita berpisah di dunia, namun aku tidak redha andai kita berpisah di akhirat. Bukankah matlamat kita sama?? Aku membayangkan kita bertemu di syurga Allah kelak.

Sahabat dan teman,
Usah dibimbangi sama ada aku melupakan mu atau tidak, kerana setiap yang pernah datang dalam hidupku, jarang sekali Allah biarkan aku lupa. Andai sayang pernah disemai di hati, ia tak mungkin akan dicantas pergi sesuka hati, ia akan tetap bertakhta di hati sehingga mati, insya Allah. Moga-moga kamu tidak bersedih hati.

"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebaninya seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya."

(Al-Quran, Al-A'raf : 42)

No comments:

Post a Comment